Tuesday, April 30, 2013

Coretan

Assalamualaikum..

      Alhamdulillah, aku masih lagi diberi kekuatan dan kesihatan yang sihat.. Mane tak sihatnya, dah masuk PLKN ;D coretan kali ini aku nak cerita skit tentang apa yang terjadi sepanjang 2013 ni. Lama dah aku tak update blog ni. Mana taknya, lepas je aku SPM, aku pegi kerja.. Then kerja jarang cuti dan ada kadang2 tu sampai sebulan straight aku kerja tanpa cuti.. Perghhh dasyat jugak laa aku! Memang susah la aku nak luangkan masa aku dengan Family dan Si Dia. Sorry sayang :'( ohh sebelum tu, aku kerja Promoter Baju dekat pasaraya dekat dengan umah aku ni. Alhamdulillah aku kerja sana lebih daripada 3 bulan. My first job experience. Dapat pulak kerja dengan member2, lagi laa syok =D dapat keluar rehat sekali, lepak sekali.. sebab tu kami boleh stay lama kerja dekat situ =D tak lama lepas tu, aku kena menunaikan tanggungjawab aku kepada negara, iaitu pergi PLKN!

   Syukur dapat masuk PLKN.. SYUKUR? WHAT THE %^&* yeahhhh.. that was my first impression about PLKN =.= tapi setelah aku mengikuti segala program PLKN, ternyata banyak benda lagi yang aku perlu pelajari tentang diri sendiri dan diri orang lain.. Memang banyak pengalaman seronok yang aku belajar dalam kelas "Character Building". Kelas nilah yang membuatkan aku lebih berkeyakinan apabila berada dihapadan beratus audiens. Dulu takut la jugak nak berdepan dengan semua tu, tapi Alhamdulillah perasaan tu makin lama makin dah hilang dah.. Sangat positif! Ramai kawan2 yang aku baru kenal dan rapat terus dengan aku pown ada =D ada yang dah memang aku kenal sebelum masuk PLKN lagi.. Berkawan biar beribu, kekasih biar seorang =D aku pegang pepatah tu =D Sayang, dont worry.. by tak cari lain aihhh =D lagipown by bukannya ensem orang nakkan by xD banyak aktiviti yang bakal aku main lepas cuti semester ni =D tak sabarnya!

  Syukur dapat ditawarkan ke Matrikulasi..  Ni lagi satu perkara yang paling aku seronok! Aku ditawarkan ke Matrik! Alhamdulillah ~ Aku bersyukur sangat sebab terpilih diantara beratus ribu pelajar di Malaysia ni, aku salahsatu terpilih.. Result SPM aku tade lah gempak sangat, tetapi Alhamdulillah mampu membuat Ibu ayah aku dan bakal Mentua ku aku happy =D *acewahhhh siap highlight lagi tuh bakal Mentua xD seronoknya tengok depa happy.. dan semestinya aku pown happy jgak =D aku terpilih ke aliran Teknikal~ Aliran yang aku nanti2 kan semenjak sekolah lagi. Alhamdulillah satu lagi impian aku telah tercapai.. Ini yang aku nakkan selama ni, Allah dah makbulkan doa aku.. Terharu :') tak lupa jugak dekat ibu ayah, guru2, member2 dan yang paling penting ialah Si Dia yang telah banyak bagi sokongan dan inspirasi dkt aku utk terus belajar.. InsyaAllah aku akan buat yang terbaik!

Banyak benda lagi yang aku nak ceritakan, tapi sampai disini sajalah dulu =D nanti kita bercerita lagi k.. Assalamualaikum =D

No comments: